Kenangan 2009


Barisan guru dan PPM. Misi kita adalah memantapkan lagi Pendidikan Khas.. betul kan semua? hee.. boleh bah kalau kita.

Berdiri dari kiri : Suhailah, Lydia, Asrina, Ling Fong, Catherine, Emelda & Norlailah.

Duduk dari kiri : Safina, Janet, Fatly, Piluh, Azlianah, Sister Suana & Jesson.


Tiada dalam gambar:
1. Cikgu Ramzie
2. Cikgu Siti Rahmah
3. Haryani (PPM)



Kesempatan untuk semua bergambar bersama bukan selalu ada. Sekali ngam-ngam pakai cantik-cantik semua, berwarna-warni terus wallpaper kita.

Inilah keluarga 2009, jangan lupa jangan miss.. nanti lain masa terjumpa bersalam-salaman lah kita.










Pelajar-pelajar Pendidikan Khas 2009. Sekali bergambar kalah-kalah cikgu. Masing-masing control handsome dan senyuman paling ayu. Tapi kalau kamu malas nanti cikgu denda.

Tiada dalam gambar :
1. Janet Selverinus (3 KA)
2. Siti Sarah (3 KC)
3. Elson Moijol (2 KA)






Inilah dia kakak-kakak yang sentiasa berusaha keras membantu menguruskan Pendidikan Khas. Macam-macam sumbangan mereka, terima kasih banyak-banyak k..

. Nama-nama mereka ada terpampang pada walpaper, so nanti rujuk sahaja la k.

OKU Day Camp (OBS Kinarut)

Wajah-wajah riang yang menyertai OKU Day Camp pada 14/Jun/2009. Sebenarnya gambar ni diambil waktu kami mau pulang sudah. Tapi banner atas tu yang mahal..

Antara yang terlibat adalah:
1. Cikgu Suhailah
2. Cikgu Jesson

3. Zecklose Kensiong

4. Siti Nadzirah Jefferi

5. Hasbuddin Naung
6. Elson Moijol
7. Maxwell Majus

8. Nur Aisyah Mustamin

9. Hajmain Fireman

10. Bellinda Yasin


Aktiviti 1 (Chain Race)

- Semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. Ahli sukarelawan akan membimbing peserta OKU untuk membentuk sebuah rantaian panjang. Kumpulan yang lebih dulu mencecah garisan penamat dikira sebagai pemenang.








Aktiviti 2 (Eat The Bread)

- Peserta dikehendaki menghabiskan sekeping roti tanpa memegang roti tersebut. Mereka akan disuap oleh peserta OKU (Blind) ataupun peserta lain yang ditutup mata. Inilah aksi Maxwell yang dibantu oleh sukarelawan untuk berkomunikasi dengan 'Si Buta". Kumpulan yang lebih dulu menghabiskan roti menjadi juara.

- Hati-hati, jangan sampai tercekik.. dalam gelas ada air untuk diminum.




Aktiviti 3 (Matching Puzzle)

- Seorang peserta 'buta' (matanya ditutup) dikehendaki menyusun puzzle gambar buah-buahan. Rakan-rakan lain memberi arahan untuk mencantumkan bahagian-bahagian yang berbagai bentuk. Lama juga aktiviti ini selesai kerana arahan datang mencurah-curah daripada peserta dalam kumpulan.






Akhirnya acara selesai kira-kira jam 1.00 tengahari. Semua peserta yang terlibat menjayakan program menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur. Terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput kami bersama-sama dengan anda semua.. sekian dan jumpa lagi.

Pameran Hasil Kraftangan Pelajar


Kad yang mana rekaannya diilhamkan oleh kreativiti pelajar pendidikan khas sendiri, khusus untuk guru-guru tersayang..












Pen berhias, walaupun dakwatnya telah habis nanti namun anda masih boleh menyimpannya sebagai kenang-kenangan.












'Botol Sumber Ilhamku'.. dihasilkan daripada bahan kitar semula, mengajar kita untuk tidak mensia-siakan barangan terpakai.














'Mobile', berbentuk hati dan ekor binatang kesayangan anda. Warnanya redup menambat hati mereka yang inginkan ketenangan, wow!!.. Pastikan anda memilikinya dengan membeli pada harga berpatutan di Pendidikan Khas.










'Barangan Manik'


Semua bahan yang digunakan sebenarnya berada di sekeliling anda. Jika pandai menggunakan kreativiti macam-macam boleh dihasilkan. Cantum-cantum semua, wah!! produknya mantap bah macam di sebelah ni, terharu terus melihat.







'Frame & Arca Mutiara'


Sekiranya anda kekurangan masa untuk mendapatkan barangan kraftangan seperti ini di kedai, datanglah ke Pendidikan Khas SMK Datuk Peter untuk memiliki buah tangan pelajar istimewa.







Semua hasil kraftangan tersebut telah dipamerkan semasa wakil Pendidikan Khas dijemput untuk mengadakan pameran di SMK Limbanak pada 17/Jun/09 yang lepas. Berikut merupakan imbasan program tersebut untuk tatapan kita bersama.
















Persediaan harus dilakukan sebelum pameran, maka Cikgu Piluh serta pelajar yang terlibat iaitu Roderick dan Jacintha sedang memastikan semuanya telah disediakan sebaik yang mungkin.


Ketika ini masa baru menunjukkan jam 9.00 dan pameran bermula 10.00 pagi. Perasaan agak berdebar-debar kerana sukar dijangka bilangan mereka yang akan datang melihat.

***************************************************

Gambar semasa pameran tidak sempat dirakamkan. Kami sibuk melayan pengunjung yang terdiri daripada pelajar sesi pagi dan petang, serta guru-guru di SMK Limbanak sendiri. Memang rugi juga tapi tak apalah.. Sorry ye..

***************************************************

Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama dengan guru penasihat Kelab Bahasa Isyarat di SMK Limbanak, iaitu Cikgu Evelyn (kiri sekali) dan Cikgu Chew (paling kanan). Terima kasih kerana menjemput kami dan semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang..

Wallpaper kelas Pendidikan Khas


- 3 KHAS A

. Ini adalah kelas tingkatan 3 yang pertama iaitu 3 KA, dan guru kelas mereka adalah Cikgu Lydia. Mau berkenalan? minta kebenaran dengan cikgu dorang dulu..
Ramai yang terror-terror bahasa isyarat nih.

. Senarai Pelajar adalah:
1. Mohd. Nidzam Adha Setin
2. Janet Selverinus Moikon
3. Joepoldson Jopinu
4. Tiara Chinna Wong
5. Lidia Kadim
6. Kimberley Chin
7. Daisy Sopiji
8. Norbaizurah Sahinin
9. Nur Azureen Hussin



- 3 Khas B

.
Setelah lama tertangguh, akhirnya wallpaper kelas ni ter'upload' juga akhirnya. Semoga kamu semua akan menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan di masa akan datang. Dalam maksudnya nasihat ini, hee..

.Senarai pelajar:
1. Yong Siau Ken
2. Mohd Razali Sundong
3. V. Helmus Mikel Rudy
4. Aremiah Edmund
5. Bernard Rata Patudong
6. Max Nicholson Primus


- 3 KHAS C

Ini pula kelas 3 KC, macam-macam karakter student kelas nih. Cikgu-cikgu yang mengajar sampai bila-bila pun tidak akan lupa pengalaman bersama mereka.

. Senarai pelajar:
1. Millver Maclean
2. Siti Sarah Sakinah
3. Dayang Ku Dalila
4. Sozila Imos
5. Lee Kok Chung
6. Jamaluddin
7. Jalita Banat


- 2 KHAS A

. Terdapat 2 kelas tingkatan 2. 2 KA mempunyai 6 orang pelajar. Masing-masing berasal dari tempat yang jauh-jauh, sekali pulang dari cuti sekolah macam-macam cerita boleh share.

. Senarai pelajar:
1. Hasbuddin Naung
2. Elson Moijol Bakansing
3. Siti Nadzirah Jefferi
4. Raymond Akilis
5. Roderick Kelvin Gondipon
6. Noor Shakiroh Muhamad Fadzli



- 2 KHAS B

.
Kelas ni ramai yang tinggi-tinggi. Kalau pening-pening, bila masuk kelas ni boleh fresh balik sebab ada penglipur lara. Senang saja, renung tajam-tajam terus mereka ikut serius.

. Senarai pelajar:
1. Chin Tsin Tung
2. Jacintha Sylvester
3. Christine Lupung
4. Nor Misha Nathera
5. Ilman Ben
6. Mohd. Nizam Wilwatto
7. Zecklose Kensiong



- 1 KHAS A

. Student dalam kelas ni boleh jadi 'The Real Family' sebab? umur dorang berbeza-beza. Selain tu.. gaya-gaya keibuan dan gaya-gaya bujang pun ada. Jangan susah, semuanya agak memeningkan kepala tetapi kelas ni senang diurus.

. Senarai pelajar:
1. Sapri Idris
2. Pauline Tang
3. Anesa Sumar
4. Hansell Petrus
5. Hajmain Fireman
6. Lina Lansou
7. Maxwell Majus
8. Nur Aisyah Mustamin
9. Bellinda Yasin
10. Mohd Ramlan Marisad

English Language Games

Januari 2009, Sempena Bulan Cintai Ilmu peringkat sekolah, Guru Bahasa Inggeris Pendidikan Khas, Cikgu Catherine dan Cikgu Jesson telah mengendalikan aktiviti "English Language Games" Sasaran permainan ini adalah untuk murid-murid pendidikan khas sahaja. Aktiviti ini telah diadakan dalam 2 sesi iaitu pada 8 dan 22 Januari. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan murid-murid sangat seronok mengikut aktiviti tersebut. Murid-murid telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.


Guru Bahasa Inggeris, Cikgu Catherine dan cikgu Jesson sedang memberi taklimat kepada murid-murid sebelum aktiviti dimulakan.

Murid-murid dalam kumpulan masing-masing sedang memberi perhatian taklimat yang diberikan dalam Bahasa Isyarat.

Cikgu Jesson membantu salah satu kumpulan yang masih tidak memahami akan aktiviti yang hendak dilakukan.

Aremiah Edmund, begitu khusuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan kepadanya bagi memastikan kumpulannya menang dalam aktiviti yang dipertandingkan.

Walaupun aktiviti ini adalah aktiviti Bahasa Inggeris tetapi semua guru pendidikan khas telah melibatkan diri dalam menjayakan aktiviti ini. Semua guru pendidikan khas telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan satu aktiviti. Kerja berpasukan sangat ditekankan oleh pentadbir sekolah bagi memastikan perjalanan sesuatu aktiviti dirancang dapat berjalan dengan sebaiknya.

Guru Bahasa Malaysia, Sister Suana sedang memantau murid-murid membuat aktiviti dan menjalankan satu aktiviti.


CikguSapina, guru Pendidikan Islam. Cikgu Azlianah, guru Bahasa Malaysia.

Guru Matematik, cikgu Suhailah Satneh

Pertandingan Melukis Poster

Pada 23 Mei 2009, sebanyak 10 orang murid dan 4 orang guru pengiring telah menyertai pertandingan melukis poster sempena pelancaran Hari Keluarga Bahagia peringkat Negeri Sabah. Pertandingan ini telah diadakan di pusat membeli belah 1 Borneo.
Duduk dari kiri: Lee Kok Chung, Maxwell Majus, Aremiah Edmund, Janet Severinus, Mohd Nizam Willwato.
Berdiri dari kiri: Cikgu Suhailah Satneh, Nurbaizurah Sahinin, Nor Misha Mackery, Jachinta Sylvester, Daisy Sopiji dan cikgu Azlianah Mohd Lawi.
Tiada dalam gambar, cikgu Jesson Hintanau dan Piluh Mathilda Osong.



Keputusan pertandingan:
Pemenang Kategori C (Murid-murid biasa Tingkatan 1 hingga 3)
Tempat ke- 3, adik Benard Rata Potudung. Adik Benard mendapat sijil penghargaan, plak dan wang tunai RM60.

Bagi Kategori E (Murid-murid OKU - Bermalasah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran), daripada 10 hadiah yang ditawarkan murid-murid dari sekolah ini telah menggondol hadiah dari tempat ke- 2 hingga 4 dan 6 hadiah saguh hati.
Pemenang tempat ke-2, Norbaizurah Sahinin, beliau membawa balik Sijil Penghargaan, Piala dan wang tunai RM70

Pemenang tempat ke-2, Norbaizurah Sahinin, beliau membawa balik Sijil Penghargaan, Piala dan wang tunai RM70

Pemenang tempat ke-3, Daisy Sopiji, menerima Sijil Penghargaan, Piala dan wang tunai RM60.

Tempat ke-4 dimenangi oleh Janet Severinus Moikon. Menerima Sijil Penghargaan dan wang tunai RM40.
Pemenang sagu hati dengan Sijil Penghargaan dan RM20. Mereka ialah Jacintha Sylvester, Nor Misha Mickery, Lee Kok Cung, Aremiah Edmund, Maxwell Majus dan Mohd. Nizam Willwato.

 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */