Berpindah ke Kelas Apung

Bersamaan 31 Julai 2009, guru-guru Pendidikan Khas telah berjumpa dengan Pengetua untuk membincangkan masalah keadaan bangunan sekolah pendidikan khas yang semakin serius. Memandangkan bangunan tersebut semakin tidak selamat untuk digunakan, serta membahayakan keselamatan semua, maka langkah keselamatan harus diputuskan segera. Susulan daripada perbincangan tersebut, Pengetua membenarkan penggunaan Bengkel Cempaka dan Bilik Aroma sebagai kelas sementara kepada pelajar, dan bilik guru sukan untuk guru-guru pendidikan khas. Berikut merupakan suasana sepanjang masa berlakunya perpindahan.


Inilah kelas baru anda nanti. Dalam bengkel ini terdapat 4 kelas yang bergabung iaitu 3 KA, 1 KA, 3 KB dan 3 KC. Setiap kelas dipisahkan dengan dinding petisyen dari pusat sumber sekolah. Ketika ini semua pelajar bergotong-royong membersihkan kelas baru, siapa yang curi tulang confirm akan di denda.







Angkatlah yang mana patut dulu, kita bukannya hendak pindah rumah. Bila semua sama bersusah-payah, penat kurang terasa malahan masih mampu tersenyum dan action nak tunjuk kuat.










Inilah blok petisyen yang digunakan sebagai dinding pemisah setiap kelas. Rasa kekurangan tu tolak ke tepi, yang penting semua pelajar mempunyai tempat untuk menyambung pembelajaran. Lihatlah, guru-guru sendiri pun bertungkus-lumus untuk anda semua, jadi jangan malas.. mari tolong sama.








Kamu berdua ni sedang main tolak-tolak atau nak ukur berat almari tu? yang lain tengok sambil tersengih saja, hmm.. terus masuk senarai yang akan didenda. Almari itu turut dibawa sekali untuk meletakkan buku kerja atau buku-buku teks pelajar.









Itu bukan katil atau reban ayam tapi peti sejuk saiz gergasi, jadi yang mengangkatnya pun kena gergasi. Hati-hati turun tangga, nanti jatuh terus masuk dalam peti. Tidak apa, penat mana sekalipun gambar kamu tetap masuk internet, semua orang boleh tengok betapa rajinnya kamu (perh.. kembang la dorang nih)









Lunch time, semua mesti lapar kan? ada banyak bungkusan makanan, pergilah ambil dan jamu selera. Kimberley ni kenapa pula, boleh kenyang ke tengok orang lain makan? Wei, lepas ni sambung kerja k, sikit saja lagi then kamu semua boleh rehat. (Hmm..manja betul kamu ni tau)








Aik, takkan lepas makan sudah lemah? tidak logik nih.. mana patut satu peti saja sampai 5 orang bergotong-royong angkat. Geletek saja si V. Helmus terus dia lepas, habis yang lain mau angkat. Kamu mau letak di mana tu? entah lepas bergambar ja terus letak di tepi , aiya!!. hee..

Ni confirm menipu nih, ataupun ada peraduan mencari gula-gula terpantas. Cikgu Fatly di sana buat tidak tau saja, entah-entah mau join juga mungkin tu, hee..

Beginilah keadaan di Bilik Aroma yang akan menempatkan pelajar tingkatan 2 KA dan 2 KB. Barang-barang asal dalam bilik ini telah dipindahkan ke bilik tingkatan 1 di bangunan pendidikan khas. Sejuk saja rasanya dalam bilik ini, walaupun pelajar lain selalu bising bila lalu lalang di sini, tapi pelajar pendidikan khas tetap 'tenteram'.

Drama Muzikal di Sutera Harbour Resort


Ehh.. tajuk atas tu Drama Muzikal, kenapa wajah-wajah ni yang keluar? hee.. sebenarnya mereka inilah watak-watak utama drama tu. Orang kuat paling kanan sekali, Cikgu Sapina. Time ni masih 'ble-ble' lagi tidak tahu mana mau stay atau letak barang-barang.






Ok, sekarang time untuk berlatih. Kami datang seawal jam 1 petang, persembahan jam 7 petang (semangatnya bah..) Walaupun kelam-kabut mulanya namun mujur tiada masalah. Terima kasih atas kerjasama dan layanan daripada penganjur..!






Sempat lagi posing? memang kamu juga bah. Bukan apa, gambar penting untuk dokumentasi. Masa ni bolehla kamu buat senyuman beratus kali, tapi bila depan TYT nanti, entah kecut perut jadinya. Banner belakang tu yang penting, ingat senang-senang dapat menari/berlakon depan TYT?

Habis sudah latihan, lepas ni jangan ada yang silap.. kalau tidak nanti stay hotel kerja cuci piring. Semua 'props' letakkan di tempat yang selamat. Nanti peserta dari persembahan lain suka-suka saja pakai, hee..

Berlakon pun kena isi perut juga, nanti terlupa step-step sebab lapar. Macam besar ja tapau kamu tu, makan apa? apapun yang penting dapat makan dalam hotel kan, hee.. Macam sedap ja tuh, kalau ada lebih bagi saja dengan cikgu ok.


Masa ni rasa macam mau tidur, kenapa? sebab yang kena make up pelajar saja. Guru-guru hanya melihat sambil tersengih. dan complain. Kelihatan cikgu Suhaila sibuk mendandan Nidzam Adha, siap saja terus jadi macam harimau.. kehkeh..








Aik!!.. macam susah mau kenal. 3 orang di belakang tu kalau betul-betul jadi hantu pun xpa, banyak kekosongan pelakon. Yang di depan tu selamba saja, yalah bergambar nombor satu. Terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu mendandan pelajar.







***** ( PERSEMBAHAN BERLANGSUNG ) *****

Memandangkan semua sibuk mengendalikan bahagian masing-masing, terlupa pula untuk mengambil gambar semasa lakonan. Tidak apa, kalau sempat kita tayangkan rakaman video nanti ok. Sementara menunggu kenderaan sampai, kami semua berposing lagi (lengkap semua ahli, kecuali cikgu Suhailah, sedihnya.. hee) Letihnya sukar dibayangkan, student balik asrama saja terus tidur.. kesian kamu.

Kraftangan Pen Stand bersama Uncle Tony


First lesson. Bukannya mau potong bawang merah, tapi kayu tu mesti diukir mengikut lakaran yang dikehendaki dan Uncle Tony sedang menunjukkan Raymond cara yang betul untuk melakukannya.









Nampak macam bincang sambil cari serangga dalam papan, jangan kasi tebuk tu meja lepas ni sudah. Time ni Uncle Tony memberi panduan untuk langkah seterusnya. Pelajar semua.. kamu ikut arahan uncle, nanti cikgu tengok saja bagi markah.









Bukan senang sampai ke tahap ni, setelah berhempas pulas pagi dan petang, akhirnya kita sudah separuh jalan. Lepas ni kena cat, spray dan lekat pen stand. Kemudian? jual la.. apa lagi, tapi tunggu dulu, kena fikir harga yang sesuai.









Ya, inilah hasil kreativiti pelajar pendidikan khas SMK Datuk Peter Mojuntin. Semua pelajar tanya mana satu paling cantik, jawapannya anda yang tentukan.










Pandangan dari jarak dekat, hasil yang telah siap. Bila sudah menjadi milik anda, bunga itu boleh letak apa yang suka. Tidak ubah macam kerja pro, bukan? hehe.. tapi percayalah, selepas ni pelajar boleh buat bisnes dari pengalaman menghasilkan kraftangan ini. Di mana untuk mendapatkannya? datanglah ke Pendidikan Khas SMK Datuk Peter Mojuntin.



Gambar kenangan bersama uncle Tony. Sementara pelajar turut bergaya mempamerkan hasil tangan masing-masing (walaupun sebenarnya yang lain tu enterframe je..) Apapun jutaan terima kasih kepada uncle Tony di atas kesudian beliau mengajar kami semua. Semoga pelajar faham, semua ini diusahakan untuk menonjolkan kemampuan anda di masa akan datang.

Forum On Accessibility (Series no. 2)


Bertempat di Shangri La Tanjung Aru, forum yang kedua bagi tahun ini diadakan untuk membincangkan peluang pekerjaan dan hak-hak OKU dalam sektor awam mahupun swasta. Kelihatan wakil Persatuan Orang Pekak sedang membentangkan keperluan-keperluan yang sepatutnya ada untuk warga orang pekak.







Tamat sesi pertama, semua peserta mencari meja masing-masing pula. Bukan untuk sambung meeting tapi hendak mengisi perut yang lama berkeroncong. Boleh tahanlah jugak sedapnya sampai tambah nasi 2/3 kali, wah.. Yalah sudah bayar RM10 mesti tak mau rugi kan.



Hmm, sempat lagi senyum depan kamera? Eleh, cikgu tau kamu memang tengah lapar juga kan, terutama yang tengah tu.. mau tersengih pun susah, sabar-sabar. Lepas ni sambung forum lagi sampai pukul 5 petang, so teruskan senyum sepanjang masa.








Ohh, kamu berposing masa forum? nanti cikgu denda. Rasanya time ni forum hampir ke penghujungnya, jadi tidak hairanlah mereka ni senyum sampai ke telinga. Turut serta adalah bekas pelajar deaf SMK Datuk Peter Mojuntin (paling kiri)



Selesai sudah forum kedua tahun ini. Setelah mencari lokasi sesuai (paling cantik), kami mengambil gambar kenangan. Forum ketiga iaitu yang terakhir akan diadakan sekitar bulan November.

Berdiri dari kiri : Ibu Lee Kok Chung, Nor Baizurah, Cikgu Catherine, Daisy, Nur Aisyah dan Cikgu Suhailah

Duduk dari kiri : Cikgu Jesson, Hajmain, Joepoldson dan Lee Kok Chung.
(Pelajar lain telah pulang, tak sempar bergambar bersama)

Pameran & Persembahan di Wisma Merdeka dan City mall

Pameran di Wisma Merdeka (4 Julai 2009)


Pendidikan Khas telah dijemput untuk bekerjasama dengan wakil SSD, bagi menjayakan pameran kebajikan di Wisma Merdeka. Pameran ini berlangsung selama 2 hari dan turut menganjurkan pertandingan untuk kategori The Most Informative dan The Most Creative. Kelihatan guru dan pelajar sedang menyiapkan sentuhan terakhir sebelum pameran bermula.






Inilah suasana ketika pameran berlangsung. Ramai juga yang lalu-lalang memerhatikan barangan yang ada, namun yang membelinya agak kurang. Guru bertukar-tukar jadual untuk menjaga dan menguruskan gerai pameran, sambil dibantu oleh beberapa pelajar yang turut serta.








Waktu pulang hampir tiba, pelajar-pelajar sudah tidak sabar mahu berkemas. Guru-gurunya pun apa kurangnya. Tapi memandangkan masih ada sehari lagi untuk pameran berlangsung, simpan dulu niat hendak relaks ya.. Antara barangan yang dipamerkan adalah seperti kraftangan kreativiti pelajar, informasi-informasi mengenai peluang pendidikan untuk pelajar pekak, tayangan video dan dokumentasi untuk program-program yang telah dijalankan.



Pameran dan persembahan pelajar di City Mall (18 Julai 2009)



Semua yang terlibat datang seawal jam 7.00 pagi, wah.. bersemangat semuanya. Seperti biasa, yang wanita-wanita menyusun barangan pameran, manakala lelaki-lelaki pula membantu dengan melihat mereka bekerja. Wah, guru-guru lelaki dan pelajar turut membantu sekali ok.








Budak dua orang ni kalau bergambar nombor satu. Wei, ada orang mau beli barang tuh.. Cikgu Ramzie di belakang sibuk mengatur bisnes. Waktu ini pelajar sedang bersiap untuk membuat persembahan. So sebelum tu practice senyuman dulu supaya tidak muram depan kamera nanti








Bila sudah berdiri depan tu macam model pakaian 60-an pula. Usah dirisaukan.. yang lelaki boleh control macho tapi yang perempuan malu-malu kucing lagi. Ada masalah audio pada mulanya, tapi nasib baik dapat settle, fuhh..







Persembahan kedua, lagu 'You Raise Me Up - Josh Groban' dalam versi kod tangan. Selesai persembahan pertama pelajar terus bersiap untuk persembahan ini. Maka tdak hairanlah pakaian mereka campur-campur pattern, macam buat video klip pun ada.








Selesai sudah persembahan, tapi gerai pameran jangan ditinggalkan. Kalau tidak silap, masa inilah jualan meningkat kerana antara barangan yang banyak menyumbang kepada jualan adalah bookmark. Masing-masing ada hal/isu, tapi Cikgu Lia seorang yang still ada kesempatan bergambar.. boleh challenge dengan budak nih.

Kelihatan Cikgu Sapina sedang menggalakkan orang kenamaan untuk membeli barangan. Sumbangan beliau amat penting untuk tabung pendidikan khas, betul kan hee.. Sekurang-kurangnya Datuk dapat menlihat sendiri titik peluh pelajar-pelajar pendidikan khas sendiri. Terima kasih kerana sudi melawat gerai kami.
 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */