Jamuan Tahun Baru Cina Pendidikan Khas


Pendidikan Khas kami ni memang 1 Malaysia!!! Semua warga Pendidikan Khas DPM tidak mengira bangsa dan agama meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama.

Tahun ini betul-betul hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Catherine dan Cikgu Piluh. Semua makanan yang budak dapat ni semua disponsorkan oleh saudara Cikgu Cath! Ais krim pula disponsorkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas kami, Cikgu Piluh!!

Jangan lupakan jasa Cikgu Ling Fong pula. Dialah orang yang pergi Megalong uruskan makanan dan membeli makanan ringan untuk kami semua.Cikgu Leong hanya jadi orang yang angkat barang dan menjaga kereta Cikgu Ling supaya tidak dicuri oleh orang lain. Hahaha...

Semua pelajar kami ni untunglah. Dapat makanan free dan angpaw daripada Cikgu Cath.....

Merentas Desa

Tiap-tiap tahun DPM akan mengadakan Merentas Desa pada awal tahun. Pelajar-pelajar kita telah mula melatih sebelum seminggu Merentas Desa bermula.
Inilah sebelum berlari. Nanti selepas lari pastilah semua senyuman tu tidak wujud lagi.


Rose... Tahan! Nanti habis lari baru boleh pergi tandas!


Menghias sekolah untuk Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina tak lama lagi. Pelajar-pelajar kami yang suka membantu guru telah menolong Urusetia Keharmonian (Cikgu Leong) menghias sekolah dengan tanglung-tanglung yang dibuat oleh mereka.

Pelajar yang di bawah pimpinan Cikgu Ling Fung mula membuat perhiasan.
Di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi membantu.

Fesyen Alexander Ampuka.



Pelajar perempuan sibuk mengunting riben.

Inilah dia! Semua hasil daripada pelajar bermasalah pendengaran kami. DEAF BOLEH!!

Pelajar lelaki yang tinggi-tinggi ini pastilah disuruh menggantung tanglung pada tiang.

Inilah hasil-hasil perhiasan daripada pelajar kami untuk Tahun Baru Cina.

Buka Sekolah!!!!

Pada 04 Januari (Rabu), semua pelajar bermasalah pendengaran DPM telah balik ke sekolah! Tahun ini terdapat 15 orang pelajar tingkatan 1 telah mendaftarkan diri.

Pelajar-pelajar inilah pelajar baru. Semua sibuk kenal-mengenal.

Pelajar 2KA pula sibuk bercerita.

Pelajar tingkatan 3 pula semua kena disuruh membuat kraf untuk Tahun Baru Cina.

 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */