SSD Festival Cum Birthday Party (Jun - July)


Sambutan ini dijalankan setiap tahun, dan pihak sekolah tidak terlepas untuk menghadirinya. Terima kasih kepada pihak SSD kerana sudi menjemput kami. Bersamaan pada 7 Februari, semua pelajar Pendidikan Khas (Asrama) datang untuk memeriahkan majlis ini. Ada macam-macam aktiviti atau persembahan, dan murid-murid juga tidak terkecuali dalam melibatkan diri. Apa aktiviti yang dijalankan? mari kita tengok bersama..


Aik.. kenapa dengan Hajmain, kamu bersyair ke? hee.. ini adalah salah satu adegan dalam persembahan lakonan murid. Lakonan ini bertajuk 'Love Our Nature'. Walaupun masa latihan sangat singkat tapi mereka berjaya menyampaikan mesej yang berkesan. Yang duduk di depan tu kononnya bunga , tapi cikgu tengok macam siput je, hee.. memang sesuai dengan kamu kan.








Aktiviti Limborock, yang tua-tua kalau mau rasa sakit tulang belakang selama seminggu dipersilakan menyertai acara ini. Yang berdiri di kiri tu macam sudah expert, tapi entah perut yang langgar kayu (sticker), hee.. Yah, Zecklose.. u can do it, tapi kalau kamu ponteng sekolah sebab sakit pinggang lepas nih, cikgu suruh kamu menari dangdut. Akhir sekali, adik Mohd. Syafiq Kipleh telah memenangi aktiviti ini, tahniah..






Hei, itu tisu tandas.. kenapa bungkus dia macam mumia? oh, pertandingan membungkus paling kemas rupanya. Ya, bungkus cantik-cantik, tapi kalau dia kentut mesti tak keluar dan melekat dalam seluar kan? hmm.. Al Najar, kamu yang bertanggungjawab nanti. Ada yang bungkus macam ikat paip, ada juga yang buat macam kuih gelung. Kemudian mereka di suruh melompat-lompat macam mumia, nasib tak berlanggar dan jatuh bergolek di atas tangga.











Yang ni kenapa pakai pelik pula? macam Orang Asli Afrika pun ada. Sebenarnya mereka finalis untuk Pertandingan Ratu Pondan. Kalau umur belum cukup, sila tutup mata. Berbakat juga mereka nih, tapi berlakon saja k. Semua penonton memberikan sokongan padu kepada pilihan masing-masing, nasib tak undi pakai SMS, kalau tak mesti habis kredit. Pemenang acara ini adalah adik Mohd. Al Faiz (berdiri dua dari kanan)








Macam iklan 'BersamaMu' pula kan? tapi yang penting ini bukan adegan seorang ayah memberi duit belanja kepada anaknya. Semua yang hadir berpeluang mendapat hadiah dalam aktiviti Cabutan Tiket Bertuah, dan Haidi adalah salah seorang pemenangnya. Rambut macam sama tapi sebenarnya banyak yang berbeza, heh.. Murid-murid kemudiannya diberikan pula dengan angpow dan limau sempena Tahun Baru Cina. Wah beruntungnya kamu..





Akhirnya, acara yang terakhir sudah tentulah masa untuk Menjamu Selera. Walaupun ramai yang hadir tapi jangan bimbang, makanan yang terhidang sentiasa mencukupi. Terima kasih kepada pihak KFC yang sudi menaja beberapa menu. Masa cikgu kecil dulu, KFC ni susah nak jumpa.. sekarang pula kamu boleh makan free. Lepas ni jangan lupa cuci piring kamu sendiri k, siapa yang makan tak habis cikgu denda cuci sudu, heh..

Khidmat Masyarakat di Wetland (20 Januari 2010)


Keluar gambar saja, terus nampak macam gotong-royong membantu mangsa banjir? bukanlah.. sebenarnya kami dijemput oleh pihak Wetland untuk menyempurnakan sesi penggambaran dokumentasi tapak ini. Tapi kehadiran kali ini disertai dengan wajah dan tujuan yang berbeza. Nampak orang di tengah tu? haa.. beliau sedang merakamkan aktiviti proses kerja pemuliharaan benih bakau. Untung yang di depan tu kena rakam, tapi kamu bukan masuk RTM ok.. hanya dokumentasi untuk mana-mana pengunjung Wetland selepas ini.



Memandangkan rata-rata murid yang dibawa kali ini adalah dari tingkatan 1, maka penerangan harus diberikan terlebih dahulu. Serius juga uncle saturang nih.. murid-murid tak perlu risau, kamu bukan nak tanam tiang tapi cuma isikan beg plastik dengan tanah saja. Siapa isi paling banyak cikgu belanja makan maggi.











Mesti ramai yang masih ingat aktiviti ini tahun lepas kan? kalau yang masih baru situlah peluang kami menyakat. Ada yang menjerit-jerit ternampak ulat tanah, ada yang terlalu rajin sampai tak sedar ketam masuk plastik dan ada juga yang pura-pura nak jaga kulit, hm.. cikgu ikat tangan kamu. Wah, Elwey seronok sungguh dapat join.. macam tanam sayur kan? mesti menjadi pokok bakau yang kamu tanam nanti.











Sedar tak sedar kerja dah habis, tak banyak gambar yang sempat diambil. Sekembalinya ke pusat pengurusan Wetland Centre, murid-murid membasuh kasut dan peralatan yang dibawa. Mungkin bila cikgu ambil gambar kamu saja tunjuk rajin kan? rasanya tanah masih melekat dalam kasut tuh.. kalau cikgu periksa dan tak bersih, kamu tinggal di sini isi tanah 1000 plastik.

Program Motivasi Peringkat Negeri anjuran bersama pelajar UPSI, Perak.

Bertemu lagi untuk tahun 2010.. apa cerita? Kita mulakan dengan Program Motivasi Peringkat Negeri Sabah, anjuran bersama pelajar dari UPSI. Program ini melibatkan pelajar bermasalah pendengaran dan penglihatan. Berlangsung selama 3 hari 2 malam, di SMK Datuk Peter Mojuntin. Apa aktiviti-aktiviti yang dijalankan? mari kita tengok..


Wah, kamu pungut derma untuk mangsa banjir? nanti cikgu bagi 10 sen. Masa ni semua pelajar terlibat dengan aktiviti pertama, Cabutan Kotak Bertuah. Dalam tu ada banyak arahan, siapa yang kena akan didenda melaksanakan arahan dari kotak misteri. Ada yang berlakon jadi monyet, gorila pun ada..










Pelik.. mungkin kamu bersenam waktu malam? rasanya ini aktiviti tarian Poco-poco. Ada guru yang tunjuk tarian di depan. Tapi yang lain menari macam orang mabuk pun ada, alamak.. Ada yang keras macam tiang rumah, tapi tak apa.. balik asrama nanti kamu boleh berlatih, tapi jangan menari atas katil.. nanti cikgu suruh menari di padang sampai jam 2 pagi.








Selepas tamat aktiviti pada malam hari Jumaat, seawal pagi Sabtu kami melakukan senaman bersama pensyarah dan pelajar UPSI. Selepas itu sesi ceramah dijalankan di Dewan Makan SMK Datuk Peter. Minta maaf kepada pihak UPSI kerana Dewan Harmoni yang sepatutnya digunakan sedang dalam pembaikan. Masa ni ceramah berjalan sekaligus 4 sesi. Entah murid faham atau tidak sebab ramai yang mengantuk.. Oh, berani kamu 'tertidur' depan cikgu ya..






Raymond sedang jual ikan? hehe.. ini aktiviti permainan pada petang Sabtu. Murid dikehendaki menghafal nama satu benda dan menulisnya di kertas atas kerusi. Ada yang ingat benda tapi salah eja.. aduh, susah la macam ni..










Semua tahu kan, ini permainan 'Siapa Paling Panjang'. Keluarkan semua tali yang kamu nampak dan sambung. Best juga aktiviti ni, sebab ada kumpulan yang 'panjangnya' sampai ke pagar. Bagus, lepas ni cikgu boleh lelong semua barang tu di Kedai Biru. Lepas main ambil barang sendiri saja, nanti ada kawan yang hilang tali kasut, kamu tanggungjawab.

Sapri, tahun lepas aktiviti ni kamu sudah main di Taman Banjaran Crocker Keningau. Kalau lupa lagi cikgu ikat telinga kamu. Sekarang kamu tunjuk Jack macamna mau lepas dari ikatan tu. Wilwatto di belakang tersengih saja tapi kumpulan dia yang paling lambat, nanti cikgu ikat kaki kamu di meja sebelah. Ini bukan aktiviti 'Ikatan Kasih' tapi murid kena cari ikhtiar untuk lepaskan tangan dari ikatan yang bersilang.

Kenapa kamu macam sedang jual kain? oh, rupanya ini aktiviti 'Passing Belon Air'. Murid pertama melontar belon dan disambut menggunakan kain. Belon itu akan dilontar lagi kepada rakan yang menanti di sebelah, sampailah ke rakan yang menanti di hujung. Siapa yang pandai sambut buah kelapa mesti mahir main aktiviti ni. Tengok Elham macam keliru pakai tuala, Wilwatto pula mau menari Sumazau.. yang tiga orang tu macam jual telur Dinosour pun ada, hee..


Wah.. kamu pergi mana nih.. ikut Pertandingan Ratu Cantik? cikgu bagi demerit 50, heh.. Mereka semua ni jadi penyambut tetamu sempena majlis perasmian dan penutupan program. Nampak macam 1 Malaysia. Bertempat di Dewan Rakan Muda, KBS Putatan. Lepas ni kalau mahu cita-cita jadi model boleh, tapi mesti lulus PMR dulu.








Ini mungkin masuk rancangan BersamaMu, heh.. Oleh kerana ada jemputan VVIP semasa perasmian petang tu, maka krew dari stesen televisyen turut datang membuat liputan. Untunglah yang tiga orang tu, masuk Berita Harian lagi. Wah.. terkenal kamu satu Malaysia. Nanti masa kena temuramah tu jangan lupa sebut nama cikgu ok, hehe..








Gambar beramai-ramai sebelum berpisah. Duduk di tengah adalah YB Datuk Herbert Timbun Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah. Tak sia-sia guru-guru menghias pentas, ada juga kenamaan yang datang melihat dan masuk televisyen lagi. Sebelum berpisah kita bersalam-salaman dulu, ada jodoh boleh berjumpa lagi. Keesokan harinya kami meneruskan aktiviti terakhir dengan mengadakan lawatan ke UMS, Sabah. Gambar akan kita saksikan sedikit masa lagi ok.
 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */