Program Menyulam Siling

Satu program menyulam siling telah dijalankan sepanjang tahun 2012.



Kursus Manicure

Pelajar-pelajar kami (Angeline, Jacintha, Fresca dan Presella) telah menghadiri satu kursus di Miracle Beauty Trading Company, Lintas. Di sini, pelajar kami telah mempelajari kemahiran asas manicure seperti membersihkan kulit mati, cara membentuk kuku, cara menjaga kuku dan cara mencatkan kuku.
Guru sedang mengajar cara membersihkan kulit mati.

Fresca sedang menolong Jacintha membersihkan kulit mati selepas demonstrasi guru.

Perkhemahan Lencana Keahlian Pengakap 2012

Perkhemahan Lencana Keahlian Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran telah dijalankan pada 17 Februari dan 18 Februari di SMK DPM! Berikut merupakan video yang menunjukkan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kami.

Hari pertama (17 Feb 2012)



Hari kedua (18 Feb 2012)




Penghasilan EMAS dan Mudball

Akan dikemaskinikan

Kelas Pendidikan Seni Visual

Gambar-gambar di bawah menunjukkan kreativiti pelajar kita. Hasil face painting daripada pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 3 semasa kelas PSV. Pelajar menggunakan bahan-bahan seperti makeup untuk melukis corak pada muka kawan.

Semua pelajar perempuan sangat enjoy dalam proses menghasilkan face painting tetapi pelajar lelaki pula malu-malu kucing. Mereka takut diejek sebagai pondan kerana perlu mengguna makeup dan menyolek pada muka mereka.


Jamuan Tahun Baru Cina Pendidikan Khas


Pendidikan Khas kami ni memang 1 Malaysia!!! Semua warga Pendidikan Khas DPM tidak mengira bangsa dan agama meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama.

Tahun ini betul-betul hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Catherine dan Cikgu Piluh. Semua makanan yang budak dapat ni semua disponsorkan oleh saudara Cikgu Cath! Ais krim pula disponsorkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas kami, Cikgu Piluh!!

Jangan lupakan jasa Cikgu Ling Fong pula. Dialah orang yang pergi Megalong uruskan makanan dan membeli makanan ringan untuk kami semua.Cikgu Leong hanya jadi orang yang angkat barang dan menjaga kereta Cikgu Ling supaya tidak dicuri oleh orang lain. Hahaha...

Semua pelajar kami ni untunglah. Dapat makanan free dan angpaw daripada Cikgu Cath.....
 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */