Perkhemahan Lencana Keahlian Pengakap 2012
Perkhemahan Lencana Keahlian Pengakap Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran telah dijalankan pada 17 Februari dan 18 Februari di SMK DPM! Berikut merupakan video yang menunjukkan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kami.
Hari pertama (17 Feb 2012)
Hari kedua (18 Feb 2012)
Hari pertama (17 Feb 2012)
Hari kedua (18 Feb 2012)
Kelas Pendidikan Seni Visual
Gambar-gambar di bawah menunjukkan kreativiti pelajar kita. Hasil face painting daripada pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 3 semasa kelas PSV. Pelajar menggunakan bahan-bahan seperti makeup untuk melukis corak pada muka kawan.
Semua pelajar perempuan sangat enjoy dalam proses menghasilkan face painting tetapi pelajar lelaki pula malu-malu kucing. Mereka takut diejek sebagai pondan kerana perlu mengguna makeup dan menyolek pada muka mereka.
Jamuan Tahun Baru Cina Pendidikan Khas

Pendidikan Khas kami ni memang 1 Malaysia!!! Semua warga Pendidikan Khas DPM tidak mengira bangsa dan agama meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama. Tahun ini betul-betul hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Catherine dan Cikgu Piluh. Semua makanan yang budak dapat ni semua disponsorkan oleh saudara Cikgu Cath! Ais krim pula disponsorkan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas kami, Cikgu Piluh!!
Jangan lupakan jasa Cikgu Ling Fong pula. Dialah orang yang pergi Megalong uruskan makanan dan membeli makanan ringan untuk kami semua.Cikgu Leong hanya jadi orang yang angkat barang dan menjaga kereta Cikgu Ling supaya tidak dicuri oleh orang lain. Hahaha...
Semua pelajar kami ni untunglah. Dapat makanan free dan angpaw daripada Cikgu Cath.....
Merentas Desa
Menghias sekolah untuk Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina tak lama lagi. Pelajar-pelajar kami yang suka membantu guru telah menolong Urusetia Keharmonian (Cikgu Leong) menghias sekolah dengan tanglung-tanglung yang dibuat oleh mereka.

Pelajar yang di bawah pimpinan Cikgu Ling Fung mula membuat perhiasan.
Di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi membantu.
Pelajar lelaki yang tinggi-tinggi ini pastilah disuruh menggantung tanglung pada tiang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anything you want to say?
About Me
Powered by Blogger.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di SMK Datuk Peter Mojuntin mengambil pelajar dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3. Selepas menduduki PMR pelajar-pelajar ini akan menyambung pelajaran mereka sama ada aliran akademik atau vokasional di sekolah khas /program Integrasi di Semananjung Malaysia / SMT Keningau.
Labels
- Alam sekitar (1)
- Jamuan (1)
- Lawatan (1)
- Pengakap (1)
- Sukan (1)










/* bee
-----------------------------------------------
*/