OKU Day Camp (OBS Kinarut)

Wajah-wajah riang yang menyertai OKU Day Camp pada 14/Jun/2009. Sebenarnya gambar ni diambil waktu kami mau pulang sudah. Tapi banner atas tu yang mahal..

Antara yang terlibat adalah:
1. Cikgu Suhailah
2. Cikgu Jesson

3. Zecklose Kensiong

4. Siti Nadzirah Jefferi

5. Hasbuddin Naung
6. Elson Moijol
7. Maxwell Majus

8. Nur Aisyah Mustamin

9. Hajmain Fireman

10. Bellinda Yasin


Aktiviti 1 (Chain Race)

- Semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. Ahli sukarelawan akan membimbing peserta OKU untuk membentuk sebuah rantaian panjang. Kumpulan yang lebih dulu mencecah garisan penamat dikira sebagai pemenang.








Aktiviti 2 (Eat The Bread)

- Peserta dikehendaki menghabiskan sekeping roti tanpa memegang roti tersebut. Mereka akan disuap oleh peserta OKU (Blind) ataupun peserta lain yang ditutup mata. Inilah aksi Maxwell yang dibantu oleh sukarelawan untuk berkomunikasi dengan 'Si Buta". Kumpulan yang lebih dulu menghabiskan roti menjadi juara.

- Hati-hati, jangan sampai tercekik.. dalam gelas ada air untuk diminum.




Aktiviti 3 (Matching Puzzle)

- Seorang peserta 'buta' (matanya ditutup) dikehendaki menyusun puzzle gambar buah-buahan. Rakan-rakan lain memberi arahan untuk mencantumkan bahagian-bahagian yang berbagai bentuk. Lama juga aktiviti ini selesai kerana arahan datang mencurah-curah daripada peserta dalam kumpulan.






Akhirnya acara selesai kira-kira jam 1.00 tengahari. Semua peserta yang terlibat menjayakan program menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur. Terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput kami bersama-sama dengan anda semua.. sekian dan jumpa lagi.

1 comments:

ummu said...

Salam
Ya Allah meriahnya. teruja tengok
Tahniah buat semua guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini

 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */