Pameran Hasil Kraftangan Pelajar


Kad yang mana rekaannya diilhamkan oleh kreativiti pelajar pendidikan khas sendiri, khusus untuk guru-guru tersayang..












Pen berhias, walaupun dakwatnya telah habis nanti namun anda masih boleh menyimpannya sebagai kenang-kenangan.












'Botol Sumber Ilhamku'.. dihasilkan daripada bahan kitar semula, mengajar kita untuk tidak mensia-siakan barangan terpakai.














'Mobile', berbentuk hati dan ekor binatang kesayangan anda. Warnanya redup menambat hati mereka yang inginkan ketenangan, wow!!.. Pastikan anda memilikinya dengan membeli pada harga berpatutan di Pendidikan Khas.










'Barangan Manik'


Semua bahan yang digunakan sebenarnya berada di sekeliling anda. Jika pandai menggunakan kreativiti macam-macam boleh dihasilkan. Cantum-cantum semua, wah!! produknya mantap bah macam di sebelah ni, terharu terus melihat.







'Frame & Arca Mutiara'


Sekiranya anda kekurangan masa untuk mendapatkan barangan kraftangan seperti ini di kedai, datanglah ke Pendidikan Khas SMK Datuk Peter untuk memiliki buah tangan pelajar istimewa.







Semua hasil kraftangan tersebut telah dipamerkan semasa wakil Pendidikan Khas dijemput untuk mengadakan pameran di SMK Limbanak pada 17/Jun/09 yang lepas. Berikut merupakan imbasan program tersebut untuk tatapan kita bersama.
















Persediaan harus dilakukan sebelum pameran, maka Cikgu Piluh serta pelajar yang terlibat iaitu Roderick dan Jacintha sedang memastikan semuanya telah disediakan sebaik yang mungkin.


Ketika ini masa baru menunjukkan jam 9.00 dan pameran bermula 10.00 pagi. Perasaan agak berdebar-debar kerana sukar dijangka bilangan mereka yang akan datang melihat.

***************************************************

Gambar semasa pameran tidak sempat dirakamkan. Kami sibuk melayan pengunjung yang terdiri daripada pelajar sesi pagi dan petang, serta guru-guru di SMK Limbanak sendiri. Memang rugi juga tapi tak apalah.. Sorry ye..

***************************************************

Sebelum berangkat pulang, kami sempat bergambar bersama dengan guru penasihat Kelab Bahasa Isyarat di SMK Limbanak, iaitu Cikgu Evelyn (kiri sekali) dan Cikgu Chew (paling kanan). Terima kasih kerana menjemput kami dan semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang..

1 comments:

ihtisyam zahra said...

Pastinya menjadi pengalaman yang sgt bermakna kan? Bagussssss! Gambate! Keep it up, bro!

 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */