English Language Games

Januari 2009, Sempena Bulan Cintai Ilmu peringkat sekolah, Guru Bahasa Inggeris Pendidikan Khas, Cikgu Catherine dan Cikgu Jesson telah mengendalikan aktiviti "English Language Games" Sasaran permainan ini adalah untuk murid-murid pendidikan khas sahaja. Aktiviti ini telah diadakan dalam 2 sesi iaitu pada 8 dan 22 Januari. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan murid-murid sangat seronok mengikut aktiviti tersebut. Murid-murid telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.


Guru Bahasa Inggeris, Cikgu Catherine dan cikgu Jesson sedang memberi taklimat kepada murid-murid sebelum aktiviti dimulakan.

Murid-murid dalam kumpulan masing-masing sedang memberi perhatian taklimat yang diberikan dalam Bahasa Isyarat.

Cikgu Jesson membantu salah satu kumpulan yang masih tidak memahami akan aktiviti yang hendak dilakukan.

Aremiah Edmund, begitu khusuk menyelesaikan aktiviti yang diberikan kepadanya bagi memastikan kumpulannya menang dalam aktiviti yang dipertandingkan.

Walaupun aktiviti ini adalah aktiviti Bahasa Inggeris tetapi semua guru pendidikan khas telah melibatkan diri dalam menjayakan aktiviti ini. Semua guru pendidikan khas telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan satu aktiviti. Kerja berpasukan sangat ditekankan oleh pentadbir sekolah bagi memastikan perjalanan sesuatu aktiviti dirancang dapat berjalan dengan sebaiknya.

Guru Bahasa Malaysia, Sister Suana sedang memantau murid-murid membuat aktiviti dan menjalankan satu aktiviti.


CikguSapina, guru Pendidikan Islam. Cikgu Azlianah, guru Bahasa Malaysia.

Guru Matematik, cikgu Suhailah Satneh

0 comments:

 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */