Kem Motivasi Pendidikan Khas 2009

Halllooo... lama rasanya kita tidak bersua dalam blog ni. Bukannya tiada isu tapi sibuk memanjang saja sepanjang hujung tahun. Apapun setelah lama tiada khabar berita, mari kita tengok apa yang telah dijalankan.

Bertempat di Banjaran Crocker, Keningau selama 3 hari 2 malam. Semua warga Pendidikan Khas terlibat sama menjayakan kem ini. Kenapa semua hijau? mestilah sebab mahu tanamkan sikap sayangkan alam sekitar. Jalan jauh juga hingga ramai yang pening-pening naik bas, sampai pula kena daki bukit 45 darjah hampir 1 km untuk ke asrama penginapan. Sampai saja semua letih tak terkata, tapi bila bergambar semua senyum tersengih. Yang penting dalam gambar tu nampak kaki Cikgu Janet macam bersambung dengan kain, hehehe..


Ok, makan sudah berehat pun sudah jadi sekarang buat apa, tidur? NO.. kami ke pejabat pengurusan untuk urusan pendaftaran. Then aktiviti pertama dimulakan iaitu 'Menegakkan Bata Menggunakan Kertas'. Dengar macam mustahil tapi bila fikir dan buat senang rupanya. Tengok aksi mereka, macam-macam strategi, nasib tiada yang bergaduh. Yang penting kamu ada kerjasama dalam kumpulan, menang kalah lain cerita kan..







Aktiviti 2 - Teka Nombor

Kamu cari apa, nombor telefon? hmm, siapa bawa handphone cikgu tangkap. Ini peraduan matematik, menguji kemampuan murid untuk mengira. Murid tingkatan 3 kalau aktiviti ni kamu tak tahu mesti kamu malu. Tapi yang seronoknya ilman berjaya menunjukkan cara pengiraan yang betul, wah.. bagus-bagus!! objektif tercapai.






Aktiviti 3 - Meneka Bau Rempah

Dalam semua peserta yang dipilih, cikgu Suhailah mencatat rekod sebagai peserta paling lama meneka, heee.. Nasib murid-murid tiada yang muntah lepas hidu. Ramai mahu mencuba tapi peluang terhad kerana cikgu yang pilih, kamu tolong tengok dan ketawa saja k.







Aktiviti 4 - Mengimbang Gelas Dalam Piring

Hari masih siang, jadi kita teruskan lagi aktiviti ok. Dalam aktiviti ini semua murid mesti bekerjasama mengimbang gelas di atas piring dan mengangkatnya setinggi yang boleh. Ops.. jangan lupa tutup hidung, nanti bau ketiak. Ada cikgu yang sengaja kacau tapi semua masih berusaha jaga gelas , bagus-bagus.. nanti cikgu kacau lagi, hehe..









Setelah tamat aktiviti tadi, semua pulang ke asrama dan bersiap untuk aktiviti malam, wah kena mendaki lagi.. kalau tiap-tiap hari macam ni mesti boleh tegap dan kuat. Sebelah malamnya pula kami melaksanakan aktiviti 'Night Walk'. Bukan hendak main sembunyi-sembunyi dalam hutan, bahaya tu nanti jumpa hantu. Dengan iringan pemandu arah kami melihat serangga-serangga malam di taman yang dilalui. Ada yang mencari pacat tapi terjumpa lebah, nasib tidak kena sengat. Tapi kalau kamu disengat cikgu beri markah 10, hee..



Ok, hari kedua menjelang dan bermula dengan aktiviti 'Jungle Tracking'. Semua kumpulan harus melalui perjalanan meredah hutan sejauh 2000 m. Tengok saja rasa macam jauh, tapi bila tengok semua flora dan fauna sepanjang perjalanan, tak sedar dah sampai ke destinasi. Kami berkesempatan melihat bunga Rafflesia tumbuh dan mekar, kumpulan lain yang tidak sempat bergambar jangan cemburu. Murid-murid semua kalau bergambar kamu nombor satu, tapi gambar cikgu sendiri pula tiada yang mau ambil.



Ini adalah kumpulan Orkid, guru pengiringnya ialah Cikgu Catherine. Tapi cikgu cath tiada pun dalam gambar? yalah sebab dia yang ambil gambar. Sepanjang perjalanan semua kumpulan diberikan plastik besar untuk mengutip tumbuhan atau serangga. Serangga tu bukan hendak dijual tapi murid akan membentangkannya dalam aktiviti seterusnya. Masa berjalan sejuk rasanya, nasib tak jumpa binatang yang pelik-pelik.





Yaa.. inilah aktiviti yang dimaksudkan. Selepas berehat murid menampal semua tumbuhan atau serangga yang dikutip di atas kertas mahjung. Kemudian mereka membentangkan kepentingan dan kegunaan tugasan mereka. Tugasan ini masih disimpan hingga sekarang sebagai kenangan kami semua.











Seterusnya adalah aktiviti regu iaitu 'Mari Melukis'. Setiap kumpulan menghantar wakil masing-masing dan meneka nama gambar yang dilukis. Macam-macam yang dilukis, dalam arahan 'Sayur Pakis' tapi murid lukis sayur kangkung, kena suruh lukis 'Anai-anai' tapi lukis macam lipas, alamak... Kumpulan Serangga memenangi tempat pertama apabila mereka menjawab betul 15 gambar yang dilukis.



Wahh..kamu semua ikat apa ni? ohh.. ini aktiviti 'Meleraikan Tali yang Bersilang'. Dua murid akan berfikir bagaimana hendak melepaskan tangan daripada ikatan tali yang bersilang. Banyak aksi yang dipertontonkan tapi seronok melihat mereka bertungkus-lumus membebaskan diri. Ada yang bergolek-golek, ada pula yang seakan-akan menari tapi masih terikat. Kamu buatlah macamana, yang penting dapat lepaskan diri.

***************************************************************

Pada sebelah malam kami menyaksikan tayangan perdana mengenai penjagaan hidupan flora dan fauna, kemudiannya murid melakukan latihan untuk persembahan hari keesokannya. Namun gambar tidak sempat diambil sewaktu tayangan, minta maaf banyak-banyak ya.

**************************************************************

Hari Ketiga ( Hari Terakhir)



Aktiviti hari ketiga dimulakan dengan melukis setiap pengalaman yang dilalui di atas kertas mahjung. Semua ahli kumpulan berbincang apa yang hendak dilukis, mereka kemudiannya memilih seorang wakil untuk menunjukkan hasil lukisan kepada kumpulan lain. Kamu tak boleh meniru idea kumpulan lain, kalau tidak nanti cikgu tolak markah.








Yang ni sesi meluah hati, bukanlah.. Murid diberikan kertas kosong dan melukis empat suasana atau tindakan yang perlu dilakukan oleh semua orang untuk menjaga alam sekitar. Wah, bahagian ini penuh dengan kesedaran sivik. Walaupun sesetengah daripada kamu melukis gambar yang sukar difahami namun yang pasti kamu faham apa peranan kita semua kan..







Akhirnya saat yang ditunggu tiba, semua kumpulan menyampaikan persembahan hasil latihan selama 2 hari. Ada yang berlakon dan ada juga yang menari. Walau apapun bentuk persembahan, yang penting harus bertemakan alam sekitar. Murid-murid menghasilkan sendiri semua props dan jalan cerita persembahan dengan bimbingan guru. Tahniah untuk kamu semua, nyata tujuan kem berjaya mencapai objektifnya.






Selepas sesi penyampaian hadiah, semua berkumpul untuk mengabadikan kenangan di hadapan pejabat pengurusan taman. Nampak cantik dengan tema 'Hijau', lagi cantik sebab semua murid lelaki rambut pendek macam askar, bangga cikgu tengok. Untuk pelajar tingkatan 3, kamu mungkin berkesempatan untuk datang lagi di sini apabila berpindah ke Teknik Keningau nanti. Banyak yang kita pelajari di sini, balik sekolah jangan lupa. Kalau nampak kamu bakar hutan, cikgu terus panggil polis.

0 comments:

 
/* butterfly cursor ----------------------------------------------- */ Monarch Butterfly 2 /* bee ----------------------------------------------- */